paling HOT !!

Friday, August 12, 2011

BERNIKAH DI USIA MUDA :)

Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam dan satu-satunya layak untuk disembah. Selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat.

Menangguh-nangguh untuk bernikah akan menyebabkan kerugian.


Berikut adalah penjelasan dari ulama besar Saudi Arabia, Syeikh Dr. Sholih bin Fauzan bin ‘Abdillah Al Fauzan yang dipetik dari Web Sahab.net untuk dijadikan panduan kepada kita semua.






Faedah pertama: Hati semakin tenang dan sejuk dengan adanya isteri dan anak


Di antara faedah bernikah awal adalah lebih mudah menghasilkan anak yang dapat menyejukkan jiwa. Allah Ta’ala berfirman,


“Dan orang orang yang berkata: “Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa. ” (Al Furqan: 74)


Isteri dan anak adalah penyejuk hati. Oleh kerana itu, Allah SWT menjanjikan dan mengabarkan bahawa bernikah dapat membuat jiwa kita semakin tenteram. Dengan bernikah, seorang pemuda akan merasakan nikmatnya ketenangan.

Demikian pula dengan anak. Allah pun mengkhabarkan bahawa anak adalah separuh dari perhiasan dunia sebagaimana firman-Nya,

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. ” (Al Kahfi: 46)


Anak adalah perhiasan kehidupan dunia. Setiap manusia pasti menginginkan perhiasan yang menyejukkan pandangan. Manusia begitu suka mencari harta dan manusia juga berasa senang jika memperolehi anak.

Sedangkan untuk kehidupan akhirat, anak yang soleh dan solehah akan terus memberikan manfaat kepada kedua orang tuanya, sebagaimana Nabi SAW bersabda,


“Jika manusia itu mati, maka amalannya akan terputus kecuali tiga perkara:

[1] ilmu yang bermanfaat,

[2] sedekah jariyah,

[3] anak sholih yang selalu mendoakannya.”

Hal ini menunjukkan bahawa anak memberikan faedah yang amat besar dalam kehidupan dunia dan juga setelah kematian kita.

Faedah kedua: Bernikah akan meningkatkan bilangan umat Islam.


Bersegera menikah juga lebih mudah memperolehi anak, sehingga umat Islam pun akan bertambah banyak. Oleh kerana itu, setiap manusia dituntut untuk bernikah demi membentuk masyarakat Islami. Rasulullah SAW bersabda :

“Menikahlah umatku. Kerana aku begitu bangga dengan banyaknya umatku pada hari kiamat.”

Ini bermakna menyegerakan untuk bernikah memiliki manfaat dan kesan yang luar biasaWalaubagaimanapun, beberapa persoalan sering timbul jika berkahwin di usia muda.

Ada yang mengatakan bahawa nikah di usia muda akan membuat lalai dari mendapatkan ilmu dan menyulitkan dalam belajar. Ketahuilah, rintangan seperti ini tidak benar sama sekali. bahkan sebaliknya. Kerana bersegera menikah memiliki keistimewaan iaitu lebih mudah merasa ketenangan jiwa. Ketenangan ini akan menjadi penyejuk jiwa dan dengan adanya isteri dan anak, ianya akan dapat lebih membantu seseorang untuk mendapatkan ilmu. Jika jiwa dan pemikirannya telah tenang oleh kerana isteri dan anak berada di sampingnya, maka ia akan semakin mudah untuk mendapatkan ilmu.



Jika seseorang yang belum bernikah, maka pada hakikatnya dirinya terus terhalang untuk mendapatkan ilmu. Fikiran dan jiwanya masih kurang merasakan ketenangan, maka ia pun sukar mendapatkan ilmu. Namun jika ia bersegera menikah, lalu jiwanya tenang, maka ini akan lebih akan menolongnya. Inilah yang memudahkan seseorang dalam belajar dan tidak seperti yang dinyatakan oleh segelintir orang.

Rintangan kedua:

Ada yang mengatakan bahawa nikah di usia muda dapat membebani seorang pemuda dalam mencari nafkah untuk anak dan isterinya. Rintangan ini pun sebenarnya tidak boleh diterima. Pernikahan akan sentiasa membawa keberkatan (bertambahnya kebaikan) dan akan membawa kepada kebaikan. Bernikah bererti melakukan ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Seorang pemuda yang bernikah bererti telah menjalankan perintah Rasulullah SAW. Dia juga mencari janji kebaikan dan membenarkan niatnya, maka inilah yang sebab datangnya kebaikan untuknya. Ingatlah, semua rezeki itu di tangan Allah sebagaimana firman-Nya,


“ Dan tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya.” (Hud: 6)


Jika engkau menjalani nikah, maka Allah akan memudahkan rezeki untuk dirimu dan anak-anakmu. Allah Ta’ala berfirman,


“Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka.” (Al An’am: 151)



Dengan ini, dapatlah kita tahu bahawa bernikah sebenarnya tidaklah membebani seorang pemuda sebagaimana anggapan sebelum ini bahawa bernikah dapat membebani seorang pemuda di luar kemampuannya. Ini tidak benar. Kerana dengan menikah, kita akan semakin mudah unutk mendapatkan kebaikan dan keberkatan hidup. Menikah adalah ketetapan Allah untuk manusia yang seharusnya mereka jalani. Ia bukan semata-mata khayalan. Menikah juga merupakan salah satu pintu yang mendatangkan kebaikan bagi siapa yang benar niatnya.

Wallahualam…

P/S: KALAU DAH ADE JODOH, XKEMANA..INSYAALLAH...

Sunday, August 7, 2011

Dosa yang menyebabkan kita sedih lebih baik dari kebaikan yang menyebabkan kita ujub dan takbur

Berkata Sheikh Dr Yusuf AlQardhawy:

" Saya masih ingat seorang pemuda yang masih remaja dikuasai oleh gharizahnya pada saat ia lemah dan hatinya lengah, lalu terjerumus ke dalam perbuatan maksiat.

Kemudian ia sedar bahawa dirinya telah menjadi kotor setelah tadinya suci, menyeleweng setelah tadinya menempuh jalan yang lurus, sesat setelah tadinya benar dan merasakan pahitnya maksiat setelah tadinya ia merasa manisnya taat.

Sebab itu ia mengurung diri berhari-hari di rumahnya menangisi nasibnya dan berbalik ke kiri dan ke kanan di atas katilnya yang dirasakan bagai bara yang menyala.

Dia merasa sedih sekali, bumi yang luas dirasanya sempit. Kerana itu, ia tidak berani menatap wajah orang lain dan tidak keluar biliknya, kerana malu pada Tuhan dan kepada dirinya sendiri, menjauhkan diri dari kawan-kawannya padahal tiada seorang pun yang tahu apa yang terjadi ke atas dirinya.

Hal itu tentu akan terus berlangsung, sekiranya saya tidak menghantar surat kepadanya, memberi harapan dengan bertaubat dan memohon ampunan Allah. Saya sebutkan kepadanya hadis Rasulullah (saw):

"Barangsiapa gembira dengan kebaikan dan sedih kerana kejahatan yang diperbuatnya, maka ia seorang mukmin".

Perkataan Ali bin Abu Talib:

"Kejahatan yang membuat engkau sedih lebih baik dari kebaikan yang membuat engkau takbur"

dan Ucapan Ibnu Athaillah:

" Kadang-kadang dibuka bagimu pintu taat dan tidak dibuka bagimu pintu penerimaan. Kadang-kadang ditakdirkan bagi engkau perbuatan maksiat, tetapi hal itu merupakan jalan bagimu untuk sampai kepada kebaikan. Perbuatan naksiat yang menimbulkan perasaan salah dan menyesal lebih baik daripada perbuatan taat yang menimbulkan ujub dan takbur.".

(Yusuf AlQardhawy, Pendidikan Islam dan Madrasah Hasan Albanna, Penerbit Bulan Bintang, Jakarta, 1980. m.s. 37-38)

Friday, August 5, 2011

2 ari berturut2 lepas sahur ~ hamboi......tidoo x engt dunia !!

haihai. salam tgahari. salam sabtu.... readers....
ok !! :) arini dgn bangganye, tlepas sahur lagi skali...skrg xtau laa...asikk letih je memanjang...haisshhhh..nseb subuh pon x terbabas kan... now laparr ok !! :) hihi..dugaan bln puase laa katekann....

SEBENTUK CINCIN ITU SGT BERMAKNA....

TQSM MY HUSBAND TO BE....ALWAYS LOVE U....

Sahur laa yee :)

Nabi saw. bersabda, "Perbezaan antara puasa oang Islam dan puasa ahli kitab ialah makan sahur." (HR al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (HR Ibnu Hibban & Baihaqi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad)

Thursday, August 4, 2011

PERHATIAN !!

STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. Semua chocolate, vanilla dan coffee drinks kat Coffee Bean dan Starbuck contains E471 (Emulsifie r 471), mono di-glycefi deswhich dr animal origin (pork). Raspberry Frap guna cherries yg dicelop dlm arak & the tiramisu ada RUM. Tlg sebar kat kekawan Islam. Hubungi JAKIM 03 - 8886 4000 utk dpt maklumat lanjut.


SLMT BERBUKA PUASE RAKAN2 SEKALIAN ~

Tuesday, August 2, 2011

KHUTBAH NABI S.A.W. MENGENAI RAMADHAN :)

Wahai manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan ALLAH dengan membawa berkat, rahmat dan keampunan. Inilah bulan yang paling mulia di sisi ALLAH. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling afdhal. Malam-malamnya adalah malam yang paling afdhal. Detik-detiknya adalah detik-detik yang paling afdhal.

Inilah bulan di mana kamu semua menjadi tetamu ALLAH. Inilah bulan di mana kamu semua dimuliakan olehNYA. Di bulan ini nafas-nafasmu dihitung sebagai tasbih. Tidurmu sebagai ibadah. Amal-amalmu diterima. Doa-doamu dimakbulkan.

Berdoalah kepada TUHANmu dengan niat yang tulus dan hati suci, agar DIA membimbingmu ketika menjalani puasa dan ketika membaca KitabNYA yang mulia.

Celakalah yang tidak mendapat keampunan ALLAH di bulan yang agung ini.

Kenanglah kelaparan dan kehausan di Hari Qiamat di saat-saat kamu berasa lapar dan dahaga ketika berpuasa di bulan ini. Bersedekahlah kepada faqir dan miskin. Muliakan orang yang lebih tua dari kamu. Sayangi yang lebih muda dari kamu. Sambunglah tali persaudaraan sesama ummah.

Jaga lidahmu. Tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal dipandang. Tahanlah telingamu dari apa yang tidak halal didengar.

Kasihilah anak-anak yatim, nescaya anak-anak yatimmu dikasihi manusia setelah kematianmu.

Bertaubatlah kepada ALLAH dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu-waktu solatmu. Itulah saat-saat yang paling afdhal kerana ketika itulah ALLAH AZZA WA JALLA memandang hamba-hambaNYA denga penuh kasih sayang, DIA mendengar kita ketika kita berbisik-bisik (munajat) kepadaNYA. DIA datang kepada kita ketika kita memanggilNYA. DIA mengabulkan doa-doa kita ketika kita berdoa padaNYA.

Wahai manusia! Sesungguhnya dirimu terbelenggu kerana perbuatanmu. Bebaskan dirimu dengan banyak-banyak memohon ampun (beristighfar) kepadaNYA. Bahumu berat menanggung dosa-dosamu. Oleh itu, ringankanlah bebanmu itu dengan lama-lama bersujud. Ketahuilah! Sesungguhnya ALLAH SWT bersumpah dengan kemuliaanNYA bahawa DIA tidak akan menyiksa orang yang mendirikan solat dan orang-orang yang bersujud. DIA juga bersumpah bahawa DIA tidak akan menghumban mereka ke dalam api neraka pada hari manusia dibangkitkan menuju TUHAN sekalian alam.

Wahai manusia! Barangsiapa di antara kamu memberi hidangan berbuka puasa (ifthar) kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi ALLAH sama nilainya dengan membebaskan seorang hamba. Dia juga diberi keampunan atas dosa-dosanya yang lalu. Sahabat-sahabat ra bertanya: "Ya RasulALLAH! Tidak semua kami mampu berbuat demikian". RasulALLAH SAW bersabda : "Jagalah dirimu dari api neraka walaupun dengan sepotong kurma. Jagalah diri kamu dari api neraka walaupun dengan seteguk air. Sesungguhnya ALLAH SWT tetap memberi pahala kepada orang yang beramal walaupun sedikit amalnya, jika ia benar-benar tidak mampu melakukan lebih dari itu".

Wahai manusia! Barangsiapa yang memperindah akhlaknya di bulan ini, ia pasti berjaya melintasi Sirat pada Hari Qiamat ketika kaki-kai tergelincir. Barangsiapa jua yang meringankan beban kerja pembantu dan pegawainya di bulan ini, ALLAH akan meringankan beban hisabnya di Hari Qiamat. Barangsiapa yang menahan kejahatannya di bulan ini, ALLAH akan menahan murkaNYA pada hari ia berjumpa denganNYA. Barangsiapa yang memuliakan anak yatim di bulan ini, ALLAH akan memuliakannya pada hari ia berjumpa denganNYA. Barangsiapa yang menyambungkan tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini, ALLAH akan menghubungkan dia dengan kasih sayangNYA pada hari ia berjumpa denganNYA. Barangsiapa yang memutuskan silaturrahim di bulan ini, ALLAH akan memutuskan ia dengan kasih sayangNYA pada hari ia berjumpa denganNYA.

Barangsiapa yang mendirikan solat sunat di bulan ini, ALLAH akan membebaskannya dari seksaan api neraka. Barangsiapa yang melakukan solat fardhu, baginya ganjaran 70 kali solat fardhu pada bulan yang lain. Barangsiapa yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, ALLAH akan memberatkan timbangannya pada hari timbangan meringan. Barangsiapa yang membaca satu ayat Al Quran di bulan ini, pahalanya seperti mengkhatamkan Al Quran di bulan lain.

Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagimu di bulan Ramadhan ini. Maka mohonlah kepada TUHANmu agar-agar pintu syurgaNYA tidak akan tertutup bagimmu sampai bila-bila. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup bagimu di bulan Ramadhan ini. Maka mohonlah kepada TUHANmu agar pintu-pintu lubang neraka akan terus tertutup bagimu sampai bila-bila. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu di bulan Ramadhan ini. Maka mohonlah kepada TUHANmu agar syaitan-syaitan tidak akan lagi menguasaimu sampai bila-bila.
Amirul Mukminin 'Ali bin Abi Thalib Karamallahu Wajhah berkata: "Aku berdiri dan berkata : "Ya RasulALLAH! Apakah amal yang paling utama di bulan ini?" Jawab Nabi saw : "Ya Abal Hassan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah mejaga diri dari apa yang diharamkan ALLAH SWT."

Also read:: Blogger yg bezz~