paling HOT !!

Monday, February 28, 2011

SENYUM ITU SEDEKAH :)


SMILE.SMILE. Dont forget to smile, even its hurt, even its  pain..smile always dear friends...SMILE its a good medicine when U Stress, when U sad....SO, smile...U smile, I smile...

p/s untk diri sendiri....heehehe..sy mmg susah nk senyum...msti org yg xknl tuh engt sy garang, sombong ....heeheheh....ok2,, kne berubah..smile, smile :) u smile, i smile...u cry, i cry..u happy, i happy, u hurt, i hurt.........sorry if  im hurting u :(

~HEBATNYA DUGAAN DARIMU TUHAN

WAHAI TUHANKU, PEMILIK SEKALIAN ALAM.....PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU....AKU INSAN LEMAH TAK BERDAYA MENANGGUNG DUGAAN BESAR DARIMU......HANYA KAU TAHU APA YG TERBAIK UNTUKKU..AKU INGIN HANYA MENGIKUT JALAN REDHA-MU...TUNJUKKANLAH JALAN SINARAN-MU......BANTULAH AKU TUHAN......DENGARLAH RINTIHANKU INI.........HANYA PADA MU KU BESERAH, HANYA PADA MU KU MEMINTA PERTOLONGAN............

DOA SEORANG KEKASIH ~

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala


lots of love, masdeyba =.=

Sunday, February 27, 2011

Saturday, February 26, 2011

Dinner with my LOVELY FAMILY~

Peace be upon U :)
Assalmualaikum to all readers....

 Semalam,, bezzz sgt !! yeaahhhh...da lme x kumpul rmai2...semalam Dinner ngn my big2 family...mmg laa slalu jmpe dowg semua,, but kadang2 susah je nk kumpul rmai2 semua ade..tp semalam semua Together...masing2 duk bz keje laa, ape laaa....hee....I JUZ want To tell all of U, i have a Awesome, Great, Happy, Lovely Family !! I LUV MY FAMILY Damn Much ~ muaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh :*

P/s: Sedang menanti a new comer...... next baby in my family.....

Friday, February 25, 2011

~ Saya Yakin Dengan Keputusan Yg Telah Sy Lakukan .....

Kini ku pasti....tiada lagi keraguan ygada di dalam diri ini....Terima kasih Tuhan....




Sejak bila kau bertakhta di dalam hati....
Mungkin sejak wujudnya kau dan aku........
Sumpah demi Tuhan, hanya kau aku utamakan...
Hanya kau aku utamakan.......



~aku hamba yg hina

Aku Hamba Yg Hina~
Tuhan, berikan aku kesempatan untk bertaubat krn ku tahu pintu taubat-Mu sentiasa terbuka luas untk hamba2-Mu…….
Ya Allah yg Maha berkuasa, Tiada Tuhan yg layak disembah melainkan-Mu….mengapa kini ku sngt alpa ? mengapa kini ku selalu leka dngn nikmat dunia? Ya Allah Ya tuhanku, Bertapa bnyknya dosa yg telah aku lakukan…..betapa hinanya diri ini di pandangan-Mu……….SubhanaAllah………..hinanya aku…..Ya Allah,, aku menyedari…betapa naifnya diri ini….…kekadang ku sedar, kekadang ku tidak sedar dgn apa yg ku lakukan……………mengapa ini semua terjadi…………? Mengapa aku tersangat alpa? Ku mohon pada-Mu, berikanlah cahay petunjuk ke jln yg diredhai-Mu…………Ya Allah,, aku sngt berdosa pada-Mu……berikan kesempatan untk diri ini, meminta taubat dari-Mu…....ku insan yg biasa, yg tidak punya apa…..kau berikan kesempatan untk diri ini berubah ke arah kebaikan……dan bknnya pada jln kejahatan…….ku ingin ke jalan yg diredhai-Mu…supaya hari2ku akan mnjadi senang dan damai……..kau tunjukkanlahku jalan yg benar…tunjukkan ku jalan yg lurus yg bisa membawaku ke jalan yg diredhai-Mu supaya ku bisa menghuni di Rumah indah SyurgaMu kelak……………………………….Ya Tuhan yg Agung, pada-Mu aku insan yg hina lagi kerdil ini, meminta dan memohan segala kebaiakn daripada-Mu……..Amin Ya Rabbal Alamin

Thursday, February 24, 2011

~cantiknya Lelaki, hebatnya Wanita...


Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki????

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.

3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.

5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.

6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…

Dan dimana Kegagahan Wanita???

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Surah Al-Ahzab : Ayat 71

“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

Wednesday, February 23, 2011

~ Walaupun mcm2 dugaan menimpa.....sabar je laa..... :D

Peace be upon U...Assalamualaikum to all readers....


malas dah nk berceloteh pnjang dlm blog nih..hee...sbnrye mmg malas nk menaip...heeeheheh...xde  bnda n xde ilham pon nk menulis.... hee.....juz nk kongsi sikit mutiara kata...


MUTIARA KATA UNTUK DIRI SENDIRI & UNTUK MEMPOSIFKAN DIRI....


* sesuatu yg terjadi, sesuatu yg menimpa ataupun sesuatu yg akn menimpa diri...sahutlah ia dgn penuh berhikmah KERANA dengan setiap kejadian itu ade HIKMAH disebaliknya, antara kita sedar ataupun tidak... Kita hanya merancang,, tp kita perlu ingat Allah adalah sebaik-baik perancang.... jd janganlah pernah sesali dgn apa yg telah terjadi...........

Monday, February 21, 2011

cara Rasulullah berdiet ... jom sme2 kite ekot ~


Ada sedikit ilmu yg ingin saya kongsi bersama dengan kawan2 semua

Rupa2nya tanpa kita sedo, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak
boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis,
lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita
telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah
ajarkan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata,
Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga
pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah
susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah
ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.


Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA
AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa.....
.......... ......... ......... .
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita
sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan
makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat
mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam
mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan
ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang
terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...


Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk
yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh
saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang
kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening
atau migrin.. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa
dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa
milimeter ruang udara dalam saluran
darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan
mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah
menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak
terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.
(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam...

Sama2lah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam

Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi
kebaikan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Saturday, February 19, 2011

~ Sy Penjual HOT PERFUME PRODUK HARUMAN MUSLIM NO.1

Mengapa Minyak Wangi Hot Perfume Kini
Menjadi Pilihan No. 1 ?

1)  BEBAS MEMILIH haruman kegemaran sendiri tanpa membeli secara set yang tidak perlu
2)  HARGA TERENDAH di pasaran hanya RM10.00 bagi 5ml haruman PATI Roll-on dan RM18.00 bagi 20ml haruman EDP Spray
3)  Pilihan terbanyak hampir 
250 JENIS haruman inspirasi antarabangsa klasik dan terkini 2009 dan 2010
4)  
2 PILIHAN AROMA, versi EGYPT yang beraroma keras atau versi FRANCE yang beraroma lembut
5)  Haruman PATI keluaran HOT PERFUME 
PALING PEKAT dan aromanya lebih 90% asli, serta daya tahan harumannya sehingga 72 JAM bagi versi Egypt dan 24 JAM bagi versi France
6)  Semua haruman import HOT PERFUME mendapat 
JAMINAN KUALITI & HALAL secara bertulis dari pihak pengilang






M E N G E N A I P R O D U K

Semua haruman keluaran HOT PERFUME SDN BHD diimport sepenuhnya dari pengilang terpilh yang bertaraf antarabangsa (GMP) serta mempunyai kepakaran tinggi dan teknologi pembuatan yang maju.

Semua haruman import HOT PERFUME mendapat jaminan KUALITI dan HALAL secara bertulis dari pihak pengilang.

Haruman badan keluaran HOT PERFUME boleh didapati dalam 2 pilihan :-

1)  
EGYPT VERSION : Aroma haruman dari versi EGYPT adalah keras, ini membuatkan daya tahan harumannya sehingga 72 jam jika dipakai pada pakaian dan pada suhu bilik.
2)  
FRANCE VERSION : Aroma haruman dari versi FRANCE adalah lembut, harumannya mampu bertahan sehingga 24 jam jika dipakai pada pakaian dan pada suhu bilik.
BAHAN-BAHAN
Semua haruman import keluaran HOT PERFUME adalah suci dan HALAL, tidak mengandungi sebarang unsur haiwan atau bahan-bahan lain yang tidak halal atau dilarang dan tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh memudaratkan kesihatan. Semua haruman import HOT PERFUME diperbuat dengani komposisi bahan dari bunga-bungaan, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan dan herba.
HOT PERFUME SDN BHD adalah ahli berdaftar dengan PERTUBUHAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM)

Thursday, February 17, 2011

~Double Test...TERBAEK !!

Peace be upon U :))


hohoho....im not ready yet untk test esk !!!! aaarrrrrrggghhhh............geram2 !! sbb x study ag..bru cover ckit je kot..esk pg 11am test LAW, then ptg tuh plk test FINANCE..mmg terbaek dr ladang laa....!! SUKESUKE..... :DD  hehehe..cube klu da study,, mmg bez laa nk jwb esk...heheh...tp,, sy yakin !! sy boleh !!..hehehe....klu x boleh pon,,buat smpai boleh jgk laa !!


dear friends,, doakan sy ea...brjaya dunia akhirat....amiin :))
lots of love from me...
papai,, sy nk g study dulu,, harap2 x ngantuk la ~ :))

Wednesday, February 16, 2011

~wanita, hiasan dunia...Seindah hiasan adalah wanita solehah ....


♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥  

Dalam sebuah hadis yang Rasulullah S.A.W bersabda:

"Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?" Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya." (HR:Ibnu Majah)

Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah S.A.W bersabda :

"Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah."

Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya.


Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:

1. Patuh dan taat kepada suami yang soleh

Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah.

Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
"Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka..." (Surah An-Nisa':34)
Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah S.A.W,
ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik di luar rumah mahupun di dalam rumah.

Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya.
Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya.
Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.

Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara.

Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.
Rasululllah S.A.W bersabda,
"Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita"

2. Menguruskan rumahtangga

Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk di rumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri.

Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki. Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.

3. Berhias untuk suami

Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.

Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur.

Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami.

Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW:
"Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya." (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah.

Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya.

Berhias mestilah dilakukan secara besederhana, kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.

4. Melayani suami

Hubungan seks merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .

Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara' untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.

5. Berpakaian menurut ajaran Islam

Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahagian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.
Allah SWT berfirman, ertinya:

"Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." (Surah Al-A'raar:26)
Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan.

Jilbab tidak menampakkan tubuh badan.

Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.
Firman Allah yang bermaksud:
"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka."Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang." (Surah Al-Ahzab:59)

6. Memberi motivasi terhadap cita-cita suami

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai "teman hidup". Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya. Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.

Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

  • Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
  • Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
  • Sentiasa menghormati keluarga suami .
  • Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.
  • Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
  • Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
  • Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
  • Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah suami selesai berbicara.
  • Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
  • Bersikap malu terhadap suami.
Semoga bermanfa'at insya Allah

Sunday, February 13, 2011

juz come back from PD :D

PEACE be upon U :))


fuhhhhhhhhhhhhhh :)) lme sgt2 x menaip nih...wuaaaaa...rse cm janggal je nk tulis blog nih...almaklumlah mmg sgt bz minggu nih..sorry to readers yg rjin follow blog yg ntah pape ni...heee...thnx a lot....minggu nih mmg sgt bz, tension, happy dn semua laa...mmg COMPLETE !! package :)) wuaaa....warne warni idup....heee...minggu ni jgk la ade kuiz la, test la, JPJ la...aduhhh...satu cabaran betul laa....huhu...but still keep smilling and ignore all the burden ~~ HAHA... :DD


OK !! sy bru blk dr PD..ade program Jalinan Mesra..conclusion program nih Bez !! ok laa,, enjoy...bnyk gk dpt tau bnda2 baru...hee :)) knl ngn kwn2 baru dn mcm2 la...hee...tp yg agk malasnye nk wt keje yg bnyk nih...x settle ag...aduuuuhhh.....sy sgt mls skrg...nk relax je rse,, tp x leh laa...kne wt jgk....sy an plajar yg brtanggungjawab !! hee...bajet je... ~ boorinnngg.....

ok la,, nk g mndi ~ dah smpai turn sy lak mewangikan diri ~ heee :))
luv u all...muaaaaxxxxx :*

Wednesday, February 2, 2011

Bila Cinta ~

Cinta yg Sejati hanya Cintakan Illahi

Cinta Ayah bonda Tulus suci selamanya

Cintakan saudara masa berada hanya sementara 

Cinta sesama insan Suburkan dgn Ketaqwaan ~

ohhhh...Indahnya Cinta,, tp jgn disalah guna.....
hargailah perasaan Cinta yg telah dianugerahkan kpd kita
krn cinta itu sgt indah untuk di rasa......sgt indah untk dijaga....

Tuesday, February 1, 2011

Friendship DAY,, ASYADINA &ASYADINI .SY SYG KWN2 SY...BFF ~

PEACE BE UPON U :))


heyhey. lme kot x mnulis blog nih.silap2. bkn mnulis. menaip OK !! ok taip ag. wink2 ~
tanggal 31jan2011,, my friends ASYADINA & ASYADINI wt friendship day.. dah lme kot x wt friendship day..klu dulu2, every year slalu wt..tp masing2 sgt bz dn bnyk komitmen lain... hee. kami ade 8 org semuanye. Meh sy kenalkan mreka. shikin, nadhrah,diyana, aini, amani, zana, mimi dn sy !! Masdeyba..auuummmm....HAHA :DD  


dan bermulah aktiviti membeli brg2 ape yg ptut nk wt BBQ. kami memborong di TESCO  kajang !! kami org kajang OK !! Bkn SEMENYIH or org KL ke. HAHA :DD  thanx TESCO.Credit to TESCO. heehehe :)) dah settle beli brg kt tesco,, ktowg g area2 Mydin kajang, dkt situ ade jual brg2 steamboat. MURAH2 !! boleh beli kt situ ag lain kali. hee. semua ade. Complete. Ckap je nk ape ?? hihi.. ok,, dah settle beli2 brg semua trus gerak g uma Nadhrah. cian Nad, dye da takot ktowg mara dye coz dye x dpt nk join beli brg2.Time nk beli brg tuh, dye xsmpai2 uma ag. Nad rushing dr UIA..heheh...dye g dating ngn MR.I..hehehe..kidding Nad...sorry...hihi..dye g dating ngn2 dak2 silat dye . tp nseb baek dah abes beli brg semua2 dye dah smapi uma, klu x kne mara ngn Shikin. hihi. xtepati janji !! wink2~~


seperti biasa, friendship day kami msti wt kt Uma nad. HEAVEN ouuhh uma Nad. Siyes !! :)) mmg bezz !! sukar digambarkan. Luv It <3.. thnx sggt kt pakcik Din a.k.a ayah Nad n mak Nad krn menerima kehadiran kami yg suke MEMEKAK nih. sumpah BISING. sorry ek Mkcik, pkcik :)) hihi..nti kami wt bising ag. Uma Nad dah mcm jd uma kedua ktorg dah. tmbahan,, uma dye jd CC . Free of charge. heheh :))


Ptg tuh siapkan brg2 semua, prepare untk BBQ n steamboat for that night :) kmi semua sgt rajin. msing2 kalut membantu antara satu same lain. KASIH SAYANG sgt terserlah mase tuh. HIHI. Luv U all GIRLS. Muaah. yg penting,, kami semua pndai masak . hihi. Ade talent masing2 jd cheft. heheh.  ptg tuh jgk ktorg beli arang n lain2 untk BBQ. Agk mengambil masa yg lme untk menghidupkan api itu !! hee..dgn khidmat bantuan syazana n shikin,, Mission COMPLETE !! tp x complete sgt laa...hee..ayah nad Tolong memarakkan api tuh ag. hehe. TP,, CREDIT to Zana n Ekin. Good JOb girls :))


then dah settle semua ,, ak blk uma nk amek brg2, bju semua2 coz mlm tuh ktorg nk stay uma Nad. lepak2, buang mse sme2. tp yg sgt sadis, blk xsempat mandi pon. agk rushing la gk. OK !! sy ngaku,, xmandi..pg tuh je kot sy mandi. hihi. biaselah, nk wt cmne, dah lahir bln kambing an,, so cm kambing laaa...hihi...NO !! NO !! tp xbusuk cm kambing ok..wangi je kot. Sembur minyak wangi bnyk2. Sy TAUKE minyak wangi.HAHA. spe nk order minyak wangi, boleh la order pd sy ye. NURMAS ADIBAH. hihi sorry. iklan sbentar.


ok,, dan wktu mlm sudah tiba, ktorg mule la bakar2 ayam,daging burger, hotdog..mkn asap sme2.BEZZ...siapkan bahan steambot semua2...hidang2 ape yg patut..dan mkn kami mkn b'sme2. Tp mlm tuh agk sedey coz Aini n Mimi xdpt join ktorg. HUHU :,( siyes sedey sgt. Windu dowg sgt2..tp nk wt cmne, ade hal2 yg xdpt nk dielakkan.AINI&MIMI , ktowg enjoy2 sme2 pon still engt kt kowg tw. Sedey sgt korg xdpt join. huhu. tkpela,, nti ade mse, kte HangOut sme2 tw. together2. msti bezz :))


mkn pnye mkn pnye mkn,, mknn semua cm x luak sikit pon. bnyk gile ag Steambot..ayam, hotdog, daging. COLESLOW dr air tangan Amani pon still mcm x besentuh pon. BNYK nye mkanan nih !! dan maka tercetuslah idea nk anta mkanan2 nih kt parents masing2. sgt bnyk mknan. mmg xlarat dah nk abeskan. so ktorg bungkus2 mkanan tuh nk anta kt parent. Dah siap bungkus semua, ktorg pon naek kete TURBO sy. VROOOMMM2~ dan mlm tuh sy mnjadi Pilot, Shikin jd co pilot disebelah sy. tp yg sbenarye, sy xde lesen OK,, test JPJ pon 11 feb nih bru nk amek.hihi.Tp tngan dah gatai an,, so drive je la tgh mlm2 tuh. MAMA,, IM SO SORRY !! DIBA TAU, IF MAMA TAU DIBA YG DRIVE..KONPEM MAMA MELENTING.SO SORRY MAMA. xleh nk wt ape, tgn kaki gatai sgt. hihi.mule2 anta mknan kt parent Zana, Next my home. uma Nad, Zana n sy sgt lah dkt. Next anta g uma Shikin kt Taman Delima, Next uma Diyana kt Cuepacs. uma Diyana yg pling jauh skali. huhu. nseb smua ok je. Kwn2, sorry klu kite bwk laju. Agk susah nk CONTROL. cikgu yg ajar kite driving pon slalu bebel coz kite bwk laju.hehe.nk wt cmne an, dah mmg cmtu.hihi. tp kite try control an ?? hee...


pastu,, dah smpai uma Nad blk,, Amani lak nk anta mknan tuh kt buah hati dye. si MR. A...hehhehe....nseb uma MR. A dkt je ngn uma Nad. ok,, then g la uma MR.A...Amani anta makanan kt dpn uma Bakal mentua dye. dan tibe2,, bapak Mentua Amani bru blk dt mane ntah. so,, Amani n MR. A agk kantoi disitu. heheh. si Shikin plk duk sibuk USHA uma someone kt situ. dye duk cari2 uma someone tuh. tp nseb tidak mnyelebahi dye. xjmpe pon mne satu uma Someone tuh. tkpe laa shikin,, nti kte bwk awk dtg situ ag,, awk cari smpai jmpe k.. Then, sesi menghatar makanan dah slesai. kami semua kembali ke uma Nad, kemas2 semua,bsuh pinggan semua n sesi mkn CAKE plk. mkn ag.haissshhh..asyik mkn je.hee.CAKE coklat sedap ouuhh. Credit to Nad. hee. Yg pling bezz skali psl CAKE nih,, ktorang decorate sme2. kire semua tgn  decorate laa Cake tuh. Yg pling cantik skali decorate, Amani laa...Credit to Amani. heheh..dye tersalah decorate cm mne ntah. agk sdikit cacat jd Cake tuh. xdpt diselamatkan ag. hehhehe :)) tp pape pon, CAKE tuh dilimpahkan dgn PENUH KASIH SAYANG. SO SWEET kan2  ?? hehehe..pastu aktiviti sterusnya didlm bilik Nad. Aktriviti dlm bilik nih xleh gta..RAHSIA..hihi...


*Hari yg sgt bez with my besties :)) BFF !!
*sdey  Aini & Mimi xdpt join
*kecoh2. lagi2 Shikin tuh. mulut dye,, xleh nk diam.HAHA :))
*SWEET MEMORIES
*10 Years together ~
ASYADINA stand to : Ashikin, SYAzana, DIyana, NAdhrah
ASYADINI stand to : Amani, SYAmimi, DIbah, aiNI


luv U all girls ~
hope, our friendship untill the End...smpai syurga....Amiin :)

Also read:: Blogger yg bezz~