paling HOT !!

Wednesday, March 30, 2011

test yg non stop ys asgment belambak....TERBAEK !!

:) peace be upon u....
lets smile....hee :)
sy sngt2 serabut skrg nih coz jumaat, sbtu, ahad nih test !! OMG !! berderet ouuhhh....hopefully, everything run smoothly...wish me luck & pray for my succesfull dear friends....

masih tersenyum :)

Peace be upon u @ assalamuailaikum ...
~ currently kt restoran amir sksyen 9 bngi nih..sgt2 bnyk bnda nk kne settlekan minggu ni...wuuuaaaaaarrgggghhh...dgn asgment yg bnyk, non stop test...bnyknye...... dn bertambah sdey ag xdpt nk blk uma arini,, my sis n my brother in law comes back from mecca this night..xdpt nk g tgk dorg...sorry sgt2 ehhh..bkn xnk blk,, tp bnyk keje nk kne settlekan dlu.... huhu :(
tkpe2,, bersusah2 dahulu bsenang senang kemudian... to all friends yg nga bz study untk final yg xlme je ag,, best of luck k !! chaiyok2 !! fikirkan diri anda HEBAT,, pasti anda akn mnjadi org yg HEBAt ! HEBAT :) smile always,, U smile i smile :) i gtg,, lots of love from me ~ masdeyba

Tuesday, March 29, 2011

Doa Supaya DiKasihi Suami
by ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA 
Doa supaya dikasihi dan disayangi oleh suami/isteri, anak-anak, kaum kerabat, jiran-jiran, rakan-rakan, orang bawahan dan seumpamanya. Amalkan ayat ini setiap hari selepas menunaikan solat fardhu lima waktu.
Terjemahan:


Katakanlah ya Muhammad! "Jika kamu mengasihi Allah, maka hendaklah kamu mengikuti aku, nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampuni dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Penyayang."


- Surah Ali Imran 3 : Ayat 31


Rujukan:
Buku 'Ikhtiar Penyembuhan Penyakit'
Tuan Guru Dato Dr Haron Din










realiti khidupan seorang pelajar........

TEST + ASIGMENT +TEST + ASIGMENT = SOUND MIND 

Monday, March 28, 2011

BERHATI2 DGN ORG DISEKELILING ANDA !! INI SATU PERINGATAN.... !!

Saturday, March 26, 2011

~ I LOVE MAMA & ABAH

x pernah terniat dn terlintas pon nk susahkan siape2 ~
sorry sgt2 klu terasa diri anda anda anda semua di sne, trase sy mnyusahkan anda semua....
so sorry............. sebolehnya diri ini ingin berdiri di ats kaki sndiri.....(msti la kne diri ats kaki sndiri kan2 ?? xkn nk bdiri ats kaki org lain plk.....haha :D ) 
ok2, serius..... dear my mum n my dad,, so sorry if im doing wrong towards both of U.. i luv U so much MAMA..i luv U so much ABAH.... mama, abah....diba rse cm bnyk sgt2 susahkan mama n abah...sorry sgt : (


Friday, March 25, 2011

To my love ~

sayang, thanx sgt2...
bertahan dgn kerenah ngade2 sy nih...
sorry ea klu wt awk mara.............
jgn mara2 tw, snyum2 je cmni :)(:




sy sayang awk la pulokk !! :D

gadis berbaju kurung.... HEBAT !!

~ main badminton pkai bju kurung.... fuyoooo !!! penah x org lain buat ?? ke sy org pertama yg melakukannye ?? hee... bezzz....HEBAT LA PULOK.... !! :)

p/s : kpd sesiapa yg nk maen badminton tuh, pakaian tuh biar proper cket..jgn tiru aksi2 yg merbahaya spt sy ok !! :)




searching 4 the handmade bag....CANTEKKK laaa semua....nk beli semua2 bley x ?? ke cne ?? ke ade org nk sponser...hee.. :)


nanak bag nih...

~pergilah dr hidup ini.........

Pergilah kau jauh dr hidup aku...ak xsnggup lagi menanggung hati yg tlh luka beradrah, dek calaran yg kau semai dulu... hanya aku keseorngn menanggung dn merasa betapa sakitnya dn betapa seksanya permainan yg kau atur dulu. Kau yg dulu telah pergi jauh x kelihatan, kini tiba2 muncul kembali mnyeru cinta dr diri ini.hati ini telah ku serah pd insan lain. Insan yg lebih mhargai diri ini,memberi bahagia....senyumanku mula terukir kembali setelah lama ia pergi,memberi smgt kpdku, membantuku jika aku dlm kesusahan,sgt mlindungiku...dan aku pasti, aku yakin dialah lebih layak menerima cinta dr diriku ini. Jgn pernah salahkan aku mngapa ku pilih jln yg sebgini, krn aku akn mnyintai org yg ikhlas mnyintaiku. Aku sgt mnyintai insan yg benar2 mnyintai aku. Lupakan segala kisah lama yg telah jauh pergi dn pergi dr hati ini....izinkan aku mnyemai kasih brsama insan yg benar ku cinta, dn insan yg benar mnyintai diri ini...fahamilah hati kecil ini supaya aku tidak dibelenggu dgn luka parah dulu. Ku bmohon pd Tuhan smoga tnjukkanlah dirimu jln, jln yg perlu kau lalui di dunia fana ini, tp perlu diingati skali lg, bkn aku yg akn menemani liku2 jln hidupmu.....pergilah jauh dirimu dr hidupku..sgt mngaharap agr kau mngerti hati kecilku ini...cukuplah !! jgn kau m'maksa lg diri ini pulang ke pangkuanmu kerna ku yakin aku telah bertemu cinta yg benar2 sejati, bkn cinta yg penuh berduri.....................mengertilah............

Thursday, March 24, 2011

thnx a lot dear, ilysm ~

currently at library :)
4.45 pm..
mood: happy, semangat !!




~SEDETIK LEBIH


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

Tuesday, March 22, 2011

~ xkn lupe....

Assalamualaikum,
beznye, beznye !! bezz sgt :D
stelah sekian lame x tidoq ngn mama, dpt tidoq ngn mama satu katil, satu bilik di usia 20 tahun... cian kt abah kne tidoq bawah..hee..xtau la knpe trase nk tidoq ngn mama sgt2....rindduuuu sgt2 kt mama kot...hee...slalu mama slalu cm mara klu nk tdoq ngn dye..hee..sbb sy slalu kaco mama kot.. bezzz ouuuhhh!! hee :) tbe2 teringat time kecik2 dlu, mama slalu temankan tdoq....bezzznyee.....mama ajaq bce doa tdoq, slawat bfore tdoq....waaaaaaaaahhhhhh...INDAHNYA.........nk jd dak kecik balik laa....heee....kalaulah masa boleh bputar kembali....xkan ku sia2kan..hee....luv U mama..luv U abah.....

Wednesday, March 16, 2011

~ KEHEBATAN SYURGA BERDASARKAN AL-QURAN......KITA SEMUA PASTI MENGIDAMKAN SYURGA KAN2 ?? SO,, BACALAH..........


Allah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.
Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT yang sempat saya kumpul :
"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)
"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang mengalir." (Surah Ar-Rahman; 50)
"Di dalam kedua syurga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan." (Surah Ar-Rahman; 52)
"Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutera. Dan buah-buahan di kedua syurga itu dapat (dipetik) dari dekat." (Surah Ar-Rahman; 54)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin." (Surah Ar-Rahman; 56)
"Di dalam kedua syurga itu ada dua buah mata air yang memancar." (Surah Ar-Rahman; 66)
"Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik." (Surah Ar-Rahman; 70)
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan..." (Surah Luqman, 8)
"Dan dimasukkanlah orang-orang yang beriman dan beramal soleh ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dengan izin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah "salam"" (Surah Ibrahim; 23)
"Mereka tidak mendengar perkataan yang tak berguna di dalam syurga, kecuali ucapan salam. Bagi mereka rezeki di syurga itu tiap-tiap pagi dan petang." (Surah Maryam; 62)
"Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid; 21)
"Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta." (Surah Yasin; 57)
"(Bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan pakaian mereka didalamnya adalah sutera." (Surah Fathir; 33)
"....Syurga itu sebaik-baik tempat menetap dan tempat kediaman." (Surah Al-Furqan; 76)
Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami syurga-Mu dengan rahmat dan kasih sayang-Mu. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa. Kami teringin menemui-Mu di syurga. Ampunkahlah dosa-dosa kami.

~ SABAR ITU PERLU :)

Sabar... satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.


Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.


Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.


Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.


Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.


Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.


Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.


Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.


Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.


Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.


Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.


Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.


Firman Allah S.W.T yang bermaksud:


Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya. (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)


Ya, saya suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada saya. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.


Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.


" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"


Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana saya ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.


Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa ketenangan. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan. Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.


Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada nafsu ataupun iman. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.


Saya bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.


Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.


Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.


Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.


Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.


Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian. Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita. Nasihat ini untuk diri saya sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat.


Azzariyat.com


- Artikel iLuvislam.com

susah nk puaskan hati semua pihak ~

inilah sebuah khidupan. realiti sebuah khidupan yg sbenar. so mcm aku, sorg mnusia yg serba kkurangan dn mmpunyai bnyk kelemahan. MAAF sgt2dgn segala kelemahan diri ini. Aku yg memegang title sbg seorg anak, sebagai seorg pelajar, sbg seorg sahabat, sbg seorg adik, sbg seorg kakak dn mcm2 lg laa. bnyk sgt tnggungjwb yg perlu disempurnakan semuanya memerlukan tnggungjwb dlm mengharungi hari2 yg mendatang. wlaupun mcm2 bnda yg org xmengerti ttng isi hati ini, tp hanya Tuhan je tahu betapa sukarnyanya aku sbg seorg hambanya ingin melalui dugaan2 yg menimpa. stu2 dugaan yg menimpa. satu2 bnda yg baru aku blajar untk mnjadi seorg yg lebih tabah dn matang . xsia2 pon dgn ape yg aku lalui selama ini. mngajar erti sbenar sebuah khidupan. aku sgt Bersyukur dgn nikmat yg tlh dikurniaNya krn Dia aku mengenali dunia. Indahnya dunia, Tipunya dunia dn pelbagai ragam didunia.

hmm. korg penah rase x serba salah. tersepit dlm satu keadaan. hmm,, bnda ni semua bkn sesuatu yg dipinta, tp ianya dtg dgn tidak sngaja. naturally comes to us. bnda ni la yg menghantui diri aku skrg ni. huhu :(
ntah laa,, xtau nk wt ape bile situation ni dtg dlm diri. xtau nk explain cmne kt korg...susah laa sbenarnye nk crita exactly isi hati ni...tp Tuhan tau kan ape yg terkandung dlm hati ini........Trima kasih Tuhan..... :)

Saturday, March 12, 2011

AKU SYAITAN ?? AKU MMG XBAEK......AKU BKN MALAIKAT...HINANYA DIRI AKU DI MATA KAU.......

WALAUPUN LUKA BEDARAH HATI AKU YG KAU BUAT DULU, AKU X PERNAH DAN  XPERNAH TERLINTAS PON NK GELAR KAU SYAITAN............... HINANYA AKU DIMATA KAU...................................... SEMOGA KAU BAHAGIA DGN JALAN YG KAU PILIH SENDIRI............ JALAN HIDUP YG KAU CORAK SENDIRI.................JIKA KAU SEORANG ISLAM, JIKA KAU ADA IMAN KAU X KAN PILIH JLN UNTK BUNUH DIRI.....AKU RASE KAU TAU, MMG X AKN ADA TMPT ORG YG BUNUH DIRI DLM SYURGA, AKU DAH MALAS SGT NK PK BNDA BODOH NI.................

ILYSM :) U KNOW RIGHT ??


              KISAH CINTA SI SEPET DAN MATA BULAT
SI SEPET STUDY LEKLOK, JGN DUK NK TIDOQ JE...HEEHEE..FINAL DA NK DKT,, FOKUS2 !! GD LUCK & ALL THE BEST....THANX A LOT COZ BNYK LYN KRENAH SY YG NGADE2 NIH....HEHEE... :D ILYSM...

BFF ~





be a good friend ever :)

SY MERAYU...PERGILAHH..

TOLONGLAH FAHAM...HENTIKAN SEMUANYA....SY DAH XNK TERSEKSA DGN PERASAAN SAKIT TUH LAGI...............TOLONGLAH........SY MERAYU.................

Past is Past !! Please Go Ur Own Way...May Allah bless U...

SO SWEET BABY :)

~MKN SME2 ( nyam2..yummy... )
~MINUM SME2 ( ice blended coppucino oldtimer coffee )
~BLAJAQ SAME2 ( physics vs law )
~NGAJI SME2 (beeessshhhh )
~RACING KETE SME2 (mmg terbaek !! :D nti kte race ag ok !! )
~MENGARUT SME2 ( hari2 ngarut, HAHA )
~MENCARUT SME2 (haiiissshh....taubat2, jgn mncarut dah)
bnyk ag laa wt sme2....... sy sgt bsyukur dpt wt semua nih sme2 ~

Saturday, March 5, 2011

penat sgt! ngntuk sgt! suke sgt!

~ arini sgt penat coz tdo dlm 3 jam je kot..study last minute untk Test. HUHU :( pg2 je pegi test, blk dr test je prepare kemas brg . sgt3 pnt sbenrnye. turun naek tngge ntah bpe bnyk kali ntah. nseb baek bnyk hero2 dtg tolong, klu x mmg leh pengsan angkt brg satu lori besar+4 kereta. itu pon brg still bnyk yg x muat. sumbat2 je la semua. selagi mampu la katekan. hehehe. Thanx ea guys, nti ktowg blanje la kowg pape, nk membalas jasa ikhlas kowg. hahah..tp bkn mcd la,, korg rmai kot. nk blnje mcd mmg xdpt la..hee... thnx again kwn2 ~ kite semua bkerjasame.  :D

Thursday, March 3, 2011

~ SUCINYA CINTAMU SESUCI HATIMU


CINTA.SO SWEET. SOUR. BITTER.

~ 3 MAC 2011

*ntah bpe bnyk kali round stu ptrajaya tuh cari presint 16 xjumpe2~ gara2 nk booking tiket teater...HAHA :D semangat je...

*Berhadapan ngn seseorang,, rse mcm MIMPI....xcye............OMG !! hey U !! :)

* sy mmg sgt2 teringin nk tgk teater ~ dah lme glew kot nk tgk teater...akhirnye tanpa dirancang,, dpt gk tgk....heeehee... :))
smlm tgk teater "TERIMA KASIH CINTA"...bezz la gk,, ok laa..... next teater ape ek ?? hee...jom tgk teater ag kwn2.....

*new asgment la plk~ asgmnt FINANCE... asgmnt INSURANS,MGT,ARAB xsiap ag....hadooooooiiiiiii....bnyk sgt................


p/s: pls be strong, dont make wrong ~

Wednesday, March 2, 2011

10 petanda yg menunjukkan dia adalah jodoh kita.. Siapa jodoh saya ?? :))


Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Also read:: Blogger yg bezz~