paling HOT !!

Saturday, July 30, 2011

L.I.F.E

I always appreciate with the sadness that happened yesterday, bcoz that is the reason make me happy Everyday ♥ ♥ ♥ Alhamdulillah

~

:,(

SIAPALAH SAYA.....................

Friday, July 29, 2011

ALL ABOUT L.O.V.E

I ♥ ALLAH
I ♥ RASUL
I ♥ ISLAM
I♥ PARENTS
I ♥ FAMILY
I♥ MYSELF
I♥ FRIEND
....(¯`v´¯)
..... ·.¸.·´
...¸.·´
.. (
☻/
/▌
/ \

ALWAYS LUV U MR.BUCUKKKKK :D

MENGAPA WANITA MEMERLUKAN LELAKI .

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.



Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah…



Sumber: Tentangcinta.com.

SAYANG OUUHHH SAYANGGGKUU YG MANJEE....

SAYANG OUUHHH SAYANGKUUUUU.... I LUV U SO MUCHHH !! U KNOW RIGHT SAYANG ??
SAYANGG OUHH SAYANG... NAK BG TAU JE, YG SY CINTAKAN AWK SGT2 NIH !! AWK PAHAM X ?? PAHAM X ?? HMM ?? HEE :)

OK !! SY HAPPY :) SYUKUR ALHAMDULILLAH ~

Thursday, July 28, 2011

HIDUP SY AKAN TERUS BEGINI...........

TEKANAN ,TEKANAN....SATU2 TEKANAN DTG...TEKANAN2 YG XPERNAH PERGI..SLALU BERLEGAR2 DLM KPALE NIH....ADUUUUUUUUHHHHH...SAKITTTT LAAA !! PHM X ?? KLU X PHM, SUDAH LAAA..........PLS GO AWAY FROM ME....DAH XLARAT NK PK TAU X ?? DAH XLARAT AIR MATA NIH TERUS MNGALIR......DAH XLARAT HATI NIH MENANGGUNG KESAKITAN....HATI, SORRY EA..AKU XDE NIAT PON NK SAKITKAN KAU WAHAI HATI..AKU DAH CUBE SEDAYA UPAYA JAGE KAU..TERUS BERSABAR YE WAHAI HATI...........KAU KAN KUAT....AKU TAU KAU KUAT HATI....SO, SABAR JE LAA.....

KALAULAH MMG ADA DORAEMON KT DALAM DUNIA NIH, BEZZNYEE :)

I WISH I CAN BE .................................... BLABLABLABLAAA....... DAH TERLAMBAT....SEMUANYA TIDAK SAMA SEKALI BOLEH MENGUBAH APA2................





:: kecewanye dgn kekalahan mlysia trhadap singaPURA yg good Actinggg tuhhh !! DAMN !! ~ ::

Wednesday, July 27, 2011

backoffpls ~

SAYA DAH DEWASA LAA..SILA LAYAN SAYA MCM ORG YG DEWASA..SAYA BKN BUDAK2 KECIK LG. TOLONG PAHAM YE :)

Tuesday, July 26, 2011

YA ALLAH LINDUNGI MEREKA...AMIIN :)

ARINI MAMA, ABAH, PAKTEH K.MIMI, ABG AMER N K.BY BERANGKAT UNTK MNUNAIKAN IBADAH UMRAH..HARAP SGT SEMUA OK DaN IBADAH MREKA DITERIMA. AMIIN.

N IBADAH MREKA DITERIMA. AMIIN.

~ rinduunyee nk pegi mekkah ag, bezz sgt...rinduuu :( Ya Allah, berikan aku ksempatan lg untk mnjejakkan kakiku di tanah haram Mekkah...jemputlah aku mnjadi tetamuu mu kembali...

Kenape Doa kite x tertunai ?

Kenapa ya saya selalu berdoa..mintak murah rezeki. Dapat jual barang banyak2, dapat untung banyak2 tapi tak pernah tertunai. Jualan saya tidak pernah meningkat..

Cubalah semak kembali cara kita berdoa. Adakah betul atau tidak lengkap? Berdoa samalah caranya seperti meminta dengan manusia. Doa perlu tepat. Dari segi bilangan, masa, tempoh dan sebagainya.



Sebagaimana kita meminta dengan orang. Nak sikit.. Sikit tu banyak mana? 100? 200? atau 10? Orang yang nak memberi pun tak tahu jumlahnya. Nak bagi sikit, sikit sangat. Kita yang dapat silap-silap mengata balik kat orang yang memberi..Kedekut.mintak sikit, bagi 3 saja.. Jadi doa perlu tepat.

Pastu sebelum doa tu, hati mesti tenang. Sebolehnya berwuduk sebab selepas berwuduk hati kita tenang.

Semasa berdoa tu rasai dan hayati apa yang kita minta. Bukan sambil berdoa, mata kelain, hati kelain. Masa berdoa tu..tanam dalam hati apa yang kita minta, kalau boleh dalam hati yang paling dalam..

Contohnya.. Semoga hari ini saya dapat jual 10 penapis air.

Sambil berdoa tu pejam mata supaya kita dapat hayati dan tanamkan dalam hati..

Lagi satu, percaya. Percaya dengan kekuasaan Allah. Jangan pulak kita berdoa tapi hati ada syak, ada was-was.. Kena percaya bahawa Allah tu Maha Memberi, Maha Mendengar,Maha Mengasihani.. Percayalah..

Cuba-cubalah.. Jika diizinkanNya, berjaya..

p/s : Saya ada sepotong doa yang saya lekatkan di dinding bilik kerja. Saya amalkan baca waktu pagi sebelum mulakan kerja. Cubalah buat. Hati rasa tenang, kerja pun akan senang.

Tips di atas saya dapat semasa menghadiri 1 majlis ilmu suatu masa dulu. Saya dah tak ingat nama pemberi ceramah tersebut. Semoga beliau dirahmati Allah atas ilmu yang beliau kongsi..

Monday, July 25, 2011

Indahnya Aturan-Mu Ya Allah ~

"Ya Allah, aku tidak mampu."

Ada kalanya inilah antara bait-bait kata yang akan terungkap di bibir kita tatkala diuji oleh ujian-NYA.

Sahabatku, di kala hatimu mendung bagaikan awan yang berat dengan titisan-titisan air, yakinlah ada cahaya mentari yang akan menyinari hidupmu selepas itu kerana Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Seringkali kita terlupa untuk memikirkan hikmah di sebalik apa yang menimpa kita kerana kita terlalu fikirkan kesedihan di hati.

Di mana Allah di hati kita tatkala kesedihan itu bermaharajalela? Adakah kita masih ego untuk menadah tangan kepada-Nya terutamanya di sepertiga malam memohon dan bermunajat kepada-NYA?

Sahabat.. indahnya aturan Allah itu tidak dapat dinilai oleh mata hati yang leka dengan kehidupan dunia.

Di saat kita terleka, Allah turunkan ujian tanda sayangnya Allah kepada kita kerana hanya dengan ujian hati kita akan lebih terarah kepada mengingati Allah dan bermunajat kepada-NYA.

Bukankah Allah sudah berfirman dalam surah Ar Ra'd : Ayat 28 :

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." [QS. 13:28]

Teruskanlah keyakinan kita dengan indahnya aturan Allah tetapkan kepada kita.

Dengan sifat redha dan bersabar serta berusaha untuk membaiki keadaan ke arah yang lebih baik adalah kata kunci kepada kehidupan yang diredhai Allah. Keyakinan terhadap indahnya aturan yang Allah tetapkan adalah keyakinan yang mampu membuatkan semangat kita tidak pernah luntur.

Yakinlah sahabat, Allah menyayangimu. Allah merindui ratapanmu kepada-NYA di setiap sujudmu. Allah merindui munajatmu terhadap-Nya di sepertiga malam di kala semua orang sedang nyenyak tidur.

Buatmu sahabat, Allah menyayangi dan mendengar setiap bait doa-doa kita.

Ikhlaskan diri dengan sentiasa berdoa kepada-Nya. Luahkanlah segala isi hatimu kepada-NYA.

Yakinlah, tiada apa yang perlu diragukan dan bertawakallah kepada-Nya, kepada Tuhan yang menciptakan dirimu, diri kita dan juga sekalian alam ini.

Yakinlah, indahnya tawakal kepada-Nya dan halawatul Iman itu akan dapat dirasai oleh orang yang melihat dengan mata hatinya.

Indahnya aturan-MU ya Allah.

-Artikel iluvislam.com

Sunday, July 24, 2011

JIKA.......

Jika satu hari kau menangis,beritahu pd aku,aku tak janji untuk buat kau tersenyum,tapi aku boleh menangis bersama kau :')

Jika satu hari kau ada masalah,beritahulh aku,aku tak berjanji nak bagi penyelesaian,tapi kau boleh kongsi dengan aku :')

Jika satu hari kau nak pergi berjalan,beritahulh aku,aku takkan menghalang tapi aku boleh teman kau :')

Jika satu hari kau perlukan seseorang untuk mendengar cerita kau,aku janji aku akan ada untuk kau :')

Tapi jika satu hari kau perlukan aku,dan pd masa tu aku tiada,mungkin kerana Tuhan lebih memerlukan aku :')


P/s: Luv U all...may Allah bless Us..amiin..

REMIND ME PLS :)

BILE DUNIA KITE MULA GELAP, BILA DUNIA KITE MAKIN GELAP JANGANLAH KITA CUBA UNTK MENGHILANG... BILE DUNIA KITE MAKIN GELAP, ITULAH MASE YG SNGT SESUAI UNTK MERAIH SEMULA DUNIA KITA YG CERAH. MNCARI SINAR BAHAGIA DI DUNIA YG GELAP SUPAYA PEROLEH DUNIA YG CERAH. MAKA, BANGKITLAH DAN BERUBAHLAH DEMI PEROLEH DUNIA YG CERAH BERSINAR. GILAPLAH IA SPYA TERUS BERSINAR. JGN BIARKAN IA TERUS LESU X BERMAYA DEK JALAN YG GELAP DEK DUNIA YG GELAP. AYUHLAH, MARILAH BANGKIT BERSAMA.PERCAYALAH SETIAP KEGELAPAN, MASIH ADA SISI TERANGNYA.


IKHLAS DARI HATI..

Saturday, July 23, 2011

Semoga Persahabatan Kami Kekal Untuk selamanya... Amiin ;)






Alwys happy2 with my dearest fren.. Diyana je xde dlm pic nih, yg laen semua ade... ssh sgt nk kmpul rmai2 cmni, msti ade tcicir sorg dua..but, happy sgt ngn korg2 semua !! u all bezz laa girls...fren forever. luv U alls so so Much !! muaaaaaahhhhh :*

Friday, July 22, 2011

ISTERI SOLEHAH :)

Perkara pertama yang harus diperhatikan bila memilih jodoh (yang berkaitan dengan persoalan wanita) demi untuk mencapai kehidupan yang tenteram supaya ikatan perkahwinan menjadi kekal serta tujuan-tujuan yang baik dari perkahwinan itu ialah memilih isteri solehah.

Hendaklah isteri itu seorang yang soleh dan berpegang teguh kepada agama. Inilah tujuan utama perkahwinan yang harus diambil berat. Sebab sekiranya isteri itu lemah agamanya, bagaimana dapat ia memelihara diri dan maruahnya. Kalaulah berlaku sesuatu kecemaran yang menyentuh kehormatan dirinya, tentulah muka suami akan terconteng arang, sedang hatinya akan tergoda oleh perasaan cemburu, manakala kehidupannya ketika itu akan menjadi sempit. Kemudian jika si suami mengikutkan kata hati yang penuh dengan cemburu itu, tentulah akan porak-peranda seluruh kehidupannya, dan jika dia mengambil sikap mempermudahkan tentang perkara yang berlaku, tentulah dia akan dituduh mengambil sikap enteng saja tentang agama dan maruahnya, dan akan dituduh sebagai suami yang dayus. Walhasil si suami akan berada dalam keadaan yang serba-salah sekali.

Demikian pula sifat wanita yang rosak agamanya akan sering mempermain-mainkan harta benda suaminya atau sebagainya, sehingga hidup si suami dengannya akan sentiasa kurang tenteram. Jika suami terus mendiamkan diri dan tidak melarang kelakuannya, nescaya ia menjadi kongsi dalam maksiat dengan isterinya dan bererti menentang firman Allah Ta’ala.

“Peliharalah diri kamu dan keluargamu dari api neraka.” (at-Tahrim: 6)

Jika si suami menegah si isteri dan melarang kemahuannya akan timbul pula pertengkaran sehingga boleh memendekkan umur si suami. Sebab itulah Rasulullah s.a.w sangat-sangat menggalakkan dan meransang supaya memilih wanita yang kukuh agamanya. Baginda bersabda:

“Wanita itu dikahwini kerana hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah anda memilih yang mempunyai agama yang kukuh, nescaya anda akan bernasib baik.”

Thursday, July 21, 2011

Produk vitamin E mmg bgus laahhh....

salam.....
hai2!! pd ari jumaat yg indah ini,, sy nk bkongsikan sikit ttg satu produk muka yg sgt laaa berkesan...alhamdulillah, since pkai produk vitamin E nih mmg bnyk sgt perubahan kt muke n dpt rasekan perubahan yg ketara...syukur2... :) hhehehe...korg nk tau produk apekah ini ??? ok...lets story about it...
produk nih actly my cousin yg pakai dlu, since tgk muke dye jd cantek..bersih, putih suci je trus i tnye dye..pakai produk apekah ia ?? then dye kongsi2 punye kongsi laa cerite,,then i rse terujaa dn bminat laa plk nk pkai produk tuh...ok,, i pon try laaa...da try sminggu cmu da nmpk prubahan sikit2 kt muke...kulit muke tambah lembuutttt U...auuuuwwwww...gedikss tw !! hehhehehehhe.... conclusionnye sgt laa puas ati dgn produk nih...tmbah puas ati lg bile rmai yg tgur muke i xde jerawat...hahahhhaa...tp, ade jee kot jerawat2 kecil yg tsorok tuh..tp yg penting muke tampak lebihh sucii u...hihi...ok !! klu korg nk cari produk nih, korg try search METAL FORTIS VITAMIN E..insyaAllah jmpe laa sape2 yg jual produk nih..hihi...i beli produk nih RM120,, tp bile search2 blk org ade jual plg murah hrge rm60 je..tp xtau laa kberkesanan dye sme or x...heeeheheh..kwn2 yg rse nk try produk nih, boleehh laa try..insyaAllah x rugi kot... :) lets try together.....pasti puas ati..hihi :) slmt mnecuba !!

~ malasnye nk siapkan asgmnt......TOLONG !!

tolong.tolong. tolong.
malasnye......cmne nk jd rajin ehhh ?? any tips pls ~

Wednesday, July 20, 2011

E.M.P.T.Y

keretaaa ouuhh kereta,, knpe pagi2 bute kau dah wat hal........... saborrr jee laaa.....kau dah ptut rehat kt rumah leklok kot....mgkin kau dah sesak nafas sgt2...xmampu jln jauh2 lg....sdeyyy jee laaa :(

Bile Awak xgembire, Automatiknye sy pon jd x gembire ~

P/s: Gembire2lah slalu wlaupun hati sdg berduka.....

Tuesday, July 19, 2011

Jom Try Ujian realease tension neh...hehehhe :D

Jom kita main 1 permainan
bergelak sebentar atau senyum sejenak. release tention~
i) Pilih bulan kelahiran anda:
Januari - Aku cinta
Februari - Aku gigit
Mac - Aku belasah
April - Aku peluk
Mei - Aku terhantuk
Jun - Aku terkentut depan
Julai - Aku menari dengan
Ogos - Aku pergi dating dengan
September - Aku lambai dekat
Oktober - Aku muntah depan
November - Aku jerit dekat
Disember - Aku terlanggar

ii) Pilih nombor hari jadi anda:
1 - Mak aku
2 - Komputer aku
3 - Liverpool
4 - Garfield
5 - Musuh dalam selimut aku
6 - Gangster
7 - Handphone aku
8 - Gerrard
9 - Driver Bas
10 - Semut
11- Kawan baik aku
12 - Polis
13 - Taik kucing
14 - Patung barbie
15 - Lee Chong Wei
16 - Mak Mertua aku
17 - Mak tiri aku
18 - Girlfriendaku/ Boyfriend aku
19 - Makcik kantin
20 - Sharifah Amani
21 - Upin dan
22 - Siti Nurhaliza
23 - Spongebob
24 - Cristiano Ronaldo
25 - Bapuk/Maknyah
26 - Kawan aku
27 - Raja Lawak/Akademi Fantasia
28 - Jiran aku
29 - Orang gila
30 - Taylor swift
31 - Awek cun/ Jejaka tampan

iii) Pilih warna baju yang anda pakai skrg:
Putih - Sebab aku perasan cantik/hensem
Hitam - Sebab aku gila
Pink - Sebab aku suka single
Merah - Sebab mak aku suruh
Biru - Sebab aku tak tahan
Hijau - Sebab aku baik hati
Ungu - Sebab aku cemburu
Kelabu - Sebab bomoh suruh
Kuning - Sebab suka hati aku la
Oren - Sebab aku baru putus cinta
Coklat - Sebab aku tak tentu arah
Lain-lain - Sebab aku fikir aku hebat
sambungkan bg jadi 1 ayat..

SUAMI: KETIKA ISTERIMU MENANGIS, GENGGAMLAH ERAT TANGANNYA

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..

TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .

PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..

Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..

Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .

Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..

Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..

TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…

Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…

Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk

begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Hai kereta Burukkk Turbo...ade je laa masalah kau !!

Assalamualaikum w.b.t.....................
im going to story about my Kereta buruk sy...ade je msalahnye..heheheh...smpai apekk cina tuh dah cam sgt laa muke sy nih....hahhahaha...sorry laa apekk, nseb bdn kau laa dpt customer mcm aku...hihi....

ok. krete tuh dah ilang pickup then terase lembab bile bwhk.pastuu yg lebih gerun bile bunyi dye cm kuar ASAP KENTUT BUSUK !!.. hahahhaha :D takottt ouhhh...mcm nk meletup kete tuh.... then Apek cine tuh buat ape ntah, tkar bnda ape ntah dan krete buruk itu kembali normal....dan sy kembali senyum :) hehheheh~ thnx apek !! dan thanxjgk apek sowg nih, slalu jd mangse bile krete buruk sy wt hal.... syg apek cine sorg nih...

p/s: i wish U all the best sayang, alwys be successful since u're "budak kecik sepet yg naughty"...dr kecikk dah nmpk muke naughty dye..amboi2 ~

Can't wait to Overnight with BFF Asaydina & Asyadini ~

miss U all girls ~
rinduu zmn skola dulu2 ~
hehheheehh...kenang2 blk, cm klaka pon ade kan....heee

InsyaAllah. Sedaya Upayaku, akn cube menjadi isteri yg solehah satu hari nanti...amiin :)

Dari Aisyah ra yang menceritakan; Aku bertanya Rasulullah; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang perempuan?". Jawab Nabi; "Suaminya". Aku bertanya lagi; "Siapakah yang paling besar haknya ke atas seorang lelaki?". Jawab Nabi; "Ibunya". (HR al-Hakim)

Pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa’ telah menemui Rasulullah SAW lalu berkata: "Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup disisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"
Bersabda Rasulullah SAW: "Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya TAAT KEPADA SUAMI SERTA MENGAKUI HAKNYA adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, TETAPI SANGAT SEDIKIT DARIPADA GOLONGAN KAMU YANG DAPAT MELAKUKANNYA." (Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)

Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang wanita redha atas kehamilannya dari suaminya yang sah, sesungguhnya ia telah mendapat ganjaran pahala seperti ibadah puasa dan mengerjakan ibadah-ibadah lainnya dijalan Allah; dan jika ia merasa berat, letih atau lesu, tidaklah dapat dibayangkan oleh penghuni langit dan bumi, betapa kesenangannya disediakan oleh Allah di hari akhirat nanti. Apabila anaknya lahir, maka dari setiap teguk air susu yang dihisap oleh anak, si ibu mendapat kebajikan pahala. Apabila si ibu berjaga malam (kurang tidur kerana anak) maka si ibu mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba sahaya kerana Allah.” (HR Ibn Hibban)

Seorang perempuan datang bertanya kepada Rasulullah SAW serta menerangkan katanya: “ Sesungguhnya sepupuku meminangku, maka sebelum aku berumah tangga , ajarkanlah kepadaku, apakah hak suami terhadap isterinya? Rasulullah SAW menjawab: “ Sesungguhnya hak suami terhadap isterinya sangatlah besar, sehingga apabila mengalir darah hidung atau nanah suaminya, lalu dijilat isterinya, masih belum terbayar hak suaminya itu. Dan jika sekiranya manusia dibolehkan sujud kepada manusia, nescaya aku perintahkan si isteri untuk sujud kepada suaminya.”(HR. Al-Hakim)

Rasul Allah bersabda, "Jika seorang suami memanggil isterinya datang ke katilnya (iaitu untuk hubungan kelamin) dan dia menolak, dan menyebabkan suaminya tidur dalam kemarahan, malaikat-malaikat akan mengutuknya hingga waktu pagi. (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, ”Jika seorang suami itu memanggil isterinya kerana berhajat kepadanya, maka pergilah kepadanya walaupun ketika itu dia sedang membakar roti.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Nasa-ie dan al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, ”Seorang isteri itu belum menunaikan hak Allah selagi dia tidak menunaikan hak suaminya, jika suami berhajat kepadanya sedangkan dia berada di belakang tunggangan, maka janganlah dia menolak.” (Diriwayatkan oleh al-Thabarani)

"... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…” (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

Rasulullah bersabda,, “Dan sebaik-baik wanita ialah mereka yang boleh mengembirakan engkau apabila kamu melihatnya, dan yang mentaati kamu apabila kamu menyuruhnya, dan dia memelihara maruah dirinya dan harta engkau ketika ketiadaanmu". (HR Nasa'i, Baihaqi, Ahmad dan al-Hakim )

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

Sabda Rasulullah s.a.w : “Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah s.a.w melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda s.a.w menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari)

Rasulullah bersabda, "Apabila seorang isteri menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan taat kepada suaminya, maka ketika berada di akhirat dikatakan kepadanya: Masuklah kamu ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kamu suka". (HR Ahmad)

Nabi bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”. (HR At-Tirmidzi)

Monday, July 18, 2011

KASIH SAYANG.......

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit". (Riwayat at-Tabrani)

Islam Mementingkan Kasih Sayang

1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim.

2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat.

3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:

i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.
ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut.
iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman.

4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.

Kongsikan kepada kami produk anda, lokasi perniagaan, dan kehebatan tentang produk anda! Mari daftar di http://direktori.iluvislam.com sekarang! Serendah RM5 Sebulan*

قُل لِّمَن مَّا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ قُل لِلّهِ كَتَبَ عَلَى نَفْسِهِ الرَّحْمَةَ لَيَجْمَعَنَّكُمْ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لاَ رَيْبَ فِيهِ الَّذِينَ خَسِرُواْ أَنفُسَهُمْ فَهُمْ لاَ يُؤْمِنُونَ
Katakanlah: ""Kepunyaan siapakah apa yang ada di langit dan di bumi?""Katakanlah: "Kepunyaan Allah"". Dia telah menetapkan atas diri-Nya kasih sayang. Dia sungguh-sungguh akan menghimpun kamu pada hari kiamat yang tidak ada keraguan terhadapnya. Orang-orang yang merugikan dirinya, mereka itu tidak beriman
( Surah Al-An'am 6 : Ayat 12)

badminton day :D

Assalamuailaikum ~


hello2 kwn2, hai ~ long time no c ~ cehhhh bajet jee kan...hihi....
hehehhehe, juz nk stury mory kt cni...arini wonderful day...hihi..nk tau knpe ?? heee..arini sy g main badminton ngn sayang sy yg gedikk tuh....alaaaa,, budak gedikk tuh.....comeyy2 tuh.....Fuuuuhhhhhh !! sumpah hebat gilee dye maen...leh laaa jd Hebat kan, leh kate ari2 gi maen badminton...aku nih staun skali bruu nk maen....so,, phm2 jee laa kan....hehhehee.....si gedik yg comeyy tuh, bajet nk jd LIN DAn laa konon....hihi..tp, mmg xnafi laa,, dye sngt hebat... !! syabas !! the best thing today,aku nmpk dye bpeluh2 tahap dasyat busuuukk pnyee...hihi...maen2 je laa...mane ade bucuukkkk...wangii jee.....sbb dye kwn ngn tauke mnyak wangi, so that wlaupun bucukk still wangi gk ~ hehhehehhe :)



my soulmate gedik bucukk :)
(2nd Lin dan )


(haisshh, bdk kecikk nih slalu ade bile sy dating...kacau laaaa....heeehehhehe...

syokkk sgt !! nti nk main ag badminton tw,, comey bucukk jgn buli sy lg,, tlong ajar betol2 ehhh......

Saturday, July 16, 2011

sAlam NifSu syAaban :)

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Thursday, July 14, 2011

kesal mnyesal kesal mnyesal ~

:'(
Ya Allah Ya Rabbi....
ampuni aku...rahmati aku...lindungi aku....aku perlukanmu.....hanya diriMu...bantulah aku

sampaikanlah....walau sepotong ayat ~

Rupa Kiamat
*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.
Gambaran Hari Kiamat ✐
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali I...zrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. ✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati. ✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi. ✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih. ✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak. ✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka. ✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat. ✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan. ✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun. ✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga. ✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “sesungguhnya Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda. ✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi. ✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat. ✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin. ✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. ✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah. ✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. ✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa. ✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab. ✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. ✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana. ✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat. ✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat : ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab. ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab. ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka. (Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)
✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain. ✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya. ✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya. ✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka. Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004. ☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama : ① Sedekah/amal jariahnya. ② Doa anak²nya yang soleh. ③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
bagaimanakah kita akan dapat syafaat rasullullah saw jika kita belum menyintai baginda didunia?
semarakkanlah cinta kepada baginda didalam hati2 kita dengan memperbanyakkan solawat kepada baginda...
semoga nama2 kita disebut oleh baginda saw...amiiiin

GUANGZHOU BEST :)


KFC kt guangzhou~ dkt je ngn hotel..


Antara hidangan halal yg ade kt sne~


antare tmpt shoping yg penuh dgn bju budak2 !! adoiiiyai...pnt jln dlm nih....



papepon, bezz sgt kt sne,, dpt bnyk pngalaman...klu sesape nk mniage ke ape, mmg sesuai sgt laa cari brg kt sne..sgt murah dn berbaloi2 ~

ok,, i gtg...esk ade test...huhu...mmg krg sgt rest minggu nih...nseb laa dah nk cuty mid sem...leh laa relax sikit..huhu... kwn2, yg ade test ke ape, gd luckk eh... :)

Wednesday, July 13, 2011

im back MALAYSIA ~

haihaihai ~
salam,, im back.....heehee..
sori2 xde mse nk tulis2 pnjg2..nti sy tulis ehh....
rinduuuu nk tulis bnyk2....

Thursday, July 7, 2011

GuangZhou here i come :)

salam..... indahnye pg jumaat nih~
ok ~ today nk berangkatke china..nk ke guangzhou with my akak ipa, k.win...
ghehhehehe....actually, aku juz temankn dye jee..xde plan pon nk g sne nk enjoy2..
tp bguss gk laa ak g sne coz dpt release kpale nih sikit.....asikk tensin jee...hheheheh....
pjalanan ke sne ambik mse 5 jam... huhu... agk lme..msti ngntukk ouhh...ape ag,, tidoo laa kann...hihi :)
hheheheh,, dear friends, tolong doakan sy n akak ipa sy slmt pergi dn pulanggg ke tanah air k :)
i gtg,, bnyk ag bnda x settlekan..bju pon x packing lg..hihi ~
ok ~ papai.... luv U allsssss....

Wednesday, July 6, 2011

work hard !!

salam....
in The name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful...

ok !! :) alhamdulillah, i still have a chance to breath in this world..to see the beauty of life....
for this week, i have to face many test and quizes.. im not ready yet..but i hve to prepare well coz for this last year sem, i have to work harder to achieve and get the best result...
dearest friend, pls pray 4 my success.... may Allah bless Us..amiin :)


mood: nk study OB !! test esk ~ esk jgk laaa nk berangkat ke china :)

kita perlu ingat....UJIAN YG MENDATANG TANDA ALLAH SAYANG KITA ~










~ serahkan segalanya kpd Tuhan yg ESA krn hanya pdNYA kita memohon pertolongan....

:)

CHINA HERE I COME.... WAIT 4 ME ...... YEAAAAAHHHHHH :D

Tuesday, July 5, 2011

Doa untuk sahabat :)

HADIS:



"Bila seseorang mendoakan bagi diri sahabatnya sedang ia tidak ada bersamanya, maka malaikat akan berkata: Dan engkau juga akan menerima sepertinya juga"



"Doa seseorang untuk saudaranya dalam masa ketiadaannya, tidak akan tertolak"





Dipetik dari Bimbingan Mukminin-Imam Ghazali





Bismillahirrahmanirrahim...

Ya Allah..

panjangkanlah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik

padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman..



Ya Allah..

tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah

hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah

hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat...



Ya Muhaimin..

jika dia jatuh hati, izinkanlah dia menyentuh hati seseorang

yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta

nafsu.



Ya Rabbana..

jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan

hatinya pada hatiMu.. Ya Rabbul Izzati..jika dia rindu, rindukanlah dia

pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu..



Ya Muhaimin..Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam

perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..



Ya Allah Yang Tercinta..jika kau halalkan aku merindui sahabatku,

janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta

hakiki,rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu



Ya Allah..kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan

kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak..





Ya Rabbul Izzati..bahagiakanlah hatinya sebagaimana Engkau bahagiakan

hati hambaMu yang lain... AMIN




p/s: wahai sahabat2 yg ku cintai dan sayangi, ku akn terus memohon doa agar ukhwah yg terjalin bterusan walaupun jauh dimata,, tetapi sentiasa terpahat dihati.....

Friday, July 1, 2011

~TERSENTAP !!

sy syg semua kwn2 sy ♥
sy sdey sgt bile dgr cite yg bukan2 psl diorg, wlaupun kwn yg xrapat mne pon...unexpected...since we're friends, we will be friend forever... ukhwahfisabilillah... kwn2, sy ni bkn baek mne pon.. biase2 jee.. x alim mne pon..sekadar buat yg wajib je..slalu lalai..sllu leka...tp...jiwa tsentap..rse nk nagis jee bile dgr kwn nih mcmni skrg...kwn ni mcmni skrg....huhu :(
papepon kwn2, arap sgt kite semua mndapat pengakhiran yg baik....didunia dn diakhirat kelak...insyaAllah...


~ Ya Allah Ya tuhanku, kau lindungilah & kau rahmatilah semua sahabat2ku spya sntiase berada dijalanMu...

korang semua.......diba rinduuu korangg....... :,(

Ya Allah....hnya Tuhan je tau betapa rinduuunye hati ni kt korang2 semua....rse mcm dah l0st something special dlm hidupp ni...........





:'( soobbssssooobssss....nak mcm dulu2...........

Also read:: Blogger yg bezz~