paling HOT !!

Tuesday, July 26, 2011

Kenape Doa kite x tertunai ?

Kenapa ya saya selalu berdoa..mintak murah rezeki. Dapat jual barang banyak2, dapat untung banyak2 tapi tak pernah tertunai. Jualan saya tidak pernah meningkat..

Cubalah semak kembali cara kita berdoa. Adakah betul atau tidak lengkap? Berdoa samalah caranya seperti meminta dengan manusia. Doa perlu tepat. Dari segi bilangan, masa, tempoh dan sebagainya.



Sebagaimana kita meminta dengan orang. Nak sikit.. Sikit tu banyak mana? 100? 200? atau 10? Orang yang nak memberi pun tak tahu jumlahnya. Nak bagi sikit, sikit sangat. Kita yang dapat silap-silap mengata balik kat orang yang memberi..Kedekut.mintak sikit, bagi 3 saja.. Jadi doa perlu tepat.

Pastu sebelum doa tu, hati mesti tenang. Sebolehnya berwuduk sebab selepas berwuduk hati kita tenang.

Semasa berdoa tu rasai dan hayati apa yang kita minta. Bukan sambil berdoa, mata kelain, hati kelain. Masa berdoa tu..tanam dalam hati apa yang kita minta, kalau boleh dalam hati yang paling dalam..

Contohnya.. Semoga hari ini saya dapat jual 10 penapis air.

Sambil berdoa tu pejam mata supaya kita dapat hayati dan tanamkan dalam hati..

Lagi satu, percaya. Percaya dengan kekuasaan Allah. Jangan pulak kita berdoa tapi hati ada syak, ada was-was.. Kena percaya bahawa Allah tu Maha Memberi, Maha Mendengar,Maha Mengasihani.. Percayalah..

Cuba-cubalah.. Jika diizinkanNya, berjaya..

p/s : Saya ada sepotong doa yang saya lekatkan di dinding bilik kerja. Saya amalkan baca waktu pagi sebelum mulakan kerja. Cubalah buat. Hati rasa tenang, kerja pun akan senang.

Tips di atas saya dapat semasa menghadiri 1 majlis ilmu suatu masa dulu. Saya dah tak ingat nama pemberi ceramah tersebut. Semoga beliau dirahmati Allah atas ilmu yang beliau kongsi..

No comments:

Post a Comment

Also read:: Blogger yg bezz~